Pages

Sunday, 18 December 2011

WHAT TO DO WHEN INSECT GOES INTO EAR


Subject:
WHAT TO DO WHEN INSECT GOES INTO EAR

FYI.... but i've also read somewhere that you could try to shine a torchlight into the ear and attract the bug to come out... donno which works but at least we have 2 options now ? 



Very useful tips.
 
A Family wrote about the incident of their child. 


Early this morning at about 4am, my eldest daughter was complaining and cry-saying that she felt pain in her ear. 
I tried to calm her down and persuaded her to let me have a look at it but she refused and showed us her stubbornness and tormented her anger at us. 
I can see why, as I saw pain in her little eyes. It was a scary incident for us as we're worried and got no clue of what is the cause of it and what to do. So I decided to call my sister-in-law whom is a doctor for advice. 

  

She told me to pour baby oil into my daughter's ear. After a while of persuasion, I finally manage to calm her down and pour baby oil into her ear. She then manage to go back to her sleep. 

  

Next morning, she woke up without complain and went to her usual Sunday Class. I thought everything was ok. But,when she came back from school, she complained to me that she found difficulty in hearing clearly. 
I quickly took her to ENT Specialist. In my heart was asking questions on whether is it due to the oil that I poured last night and hence, it affected her drum? The thought of it scares me. 
When it's our turn to see the doctor, I explained to the doctor on last night incident. The doctor then inserted a small wire, which is also known to be a tiny camera into my daughter's ear. 

  

I was amazed when he showed me on the TV screen, the leg of an insect and told me that was the cause of the pain and hearing problem. He then inserted another kind of wire to suck the insect out. He told me that luckily  I poured baby oil into my daughter's ear quick enough, otherwise the "alive insect" could go deeper and it can damage her ear. 
He told us what we did was a right thing to do as baby oils or cooking oils will kill the insect. However, after doing so, we must quickly visit the nearest doctor, to take it out. 
Do not wait any longer. I was relieved and thankful that nothing happens to my daughter, even though we took our time to see the doctor, after putting the baby oil in her ear.




New Windows 7: Find the right PC for you. Learn more. 



Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.


 


Tuesday, 6 December 2011

Pemilik pisau lipat


Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Monday, 5 December 2011

RM100

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?".

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?".
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Tuesday, 20 September 2011

Lelaki Nakal Lebih Diminati?

Sesetengah perempuan berfikiran bahawa lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal yang dimaksudkan ini bukan yang pergi merompak itu tapi lelaki nakal yang dimaksudkan ini ialah lelaki nakal yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti berjenaka, bermanja dan banyak lagi.

Antara 5 sebab lelaki nakal lebih diminati:

1. Lelaki Nakal Lebih Yakin
Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan teragak-agak untuk mendekati perempuan.

2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi
Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain.

3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran
Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan. Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.

4. Lelaki Nakal Lebih Romantik
Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.

5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya
Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.
 
 
.

__,_._,___

Tuesday, 23 August 2011

Renungilah Kata-kata Imam Ghazali berkaitan Sombong dan Angkuh...

■Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita

  ■Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita

  ■Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita

  ■Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.

  ■Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya

  ■Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.

Monday, 15 August 2011

5 cara menarik perhatian lelaki

5 cara menarik perhatian lelaki

Kebanyakan wanita merasakan bahawa dengan berpakaian seksi adalah merupakan  cara paling mudah untuk menarik perhatian seseorang lelaki. Ianya mungkin benar, tetapi sebahagian lelaki menyatakan bahawa wanita yang dengan sengaja berpakaian seksi semata-mata untuk mendapatkan perhatian bukanlah merupakan wanita pilihan mereka. Jadi, bagaimanakah cara untuk menarik perhatian lelaki tanpa memerlukan pemakaian yang menjolok mata? Caranya adalah dengan…..

(1) Memakai pakaian yang berwarna cerah- Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.

Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.

(2) Pandangan mata- Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.

Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.

(3) Tingkahlaku- Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.

Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.

(4) Pandai berjenaka- Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki.

Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.

(5) Bahasa tubuh- Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.

5 sebab mengapa lelaki tidak menghubungi anda semula

5 sebab mengapa lelaki tidak menghubungi anda semula

wanita yang baru sahaja meluangkan masa bersama lelaki yang disukai pasti mengharapkan panggilan daripada lelaki tersebut. Tambahan pula apabila lelaki itu turut menunjukkan minat kepada mereka tetapi masih tidak meluahkan apa-apa perasaan. Adakah anda juga pernah melalui situasi ini? Apakah yang akan anda fikirkan sekiranya lelaki tersebut tidak menghubungi anda setelah sekian lama menunggu? t5 akan menyenaraikan 5 sebab utama yang berkemungkinan menyebabkan seseorang lelaki itu tidak menghubungi anda.

Mereka hanya suka meluangkan masa bersama wanita- Tidak semestinya apabila seseorang lelaki meluangkan masa bersama, bermakna mereka telah jatuh hati pada anda. Sebahagian lelaki gemar untuk meluangkan masa bersama wanita hanya untuk melupakan kebosanan mereka sebentar. Apabila mereka sudah sibuk untuk melakukan tugasan kerja, pasti agak sukar untuk mereka mengingati anda.

Untuk menunjukkan 'kemachoan' mereka sebagai lelaki- Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda. Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai 'kemachoan' sebagai seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar dan pasti mereka akan menghubungi anda.

Mereka tidak berminat terhadap anda- Mungkin seseorang lelaki keluar bersama anda hanya untuk mengenali anda dengan lebih mendalam lagi. Apabila anda tidak memenuhi ciri-ciri yang mereka idamkan, pasti mereka tidak bersemangat untuk terus menghubungi anda. Ia pasti amat menyedihkan bagi seorang wanita yang melaluinya. Lelaki sepatutnya tidak memperlakukan mereka seperti ini. Sebaiknya teruskan perhubungan walaupun hanya sebagai kawan. Jangan tunjukkan perubahan yang mendadak kerana ia mampu untuk mengguris hati mereka.

Mereka hilang no anda- Peratus terhadap masalah ini terjadi adalah amat sedikit tetapi ianya tidak mustahil. Wanita sepatutnya tidak mengharapkan usaha dari lelaki sahaja. Mereka juga perlu memainkan peranan untuk memikat lelaki tersebut. Cuba hubungi mereka semula dan tanyakan masalah yang mungkin mereka hadapi. Berkemungkinan  apa yang anda usahakan akan menghasilkan satu kebahagian dalam hidup anda.

Mereka tidak sepenuhnya bersikap jujur- Masalah ini juga berkemungkinan salah satu punca terbesar sekiranya mereka tidak menghubungi anda. Mungkin mereka masih mempunyai rahsia yang sedang cuba disembunyikan. Apabila berdekatan dengan anda, mereka akan meluangkan bersama, tetapi apabila mereka sudah berjauhan, mereka mempunyai perancangan yang lain pula. Wanita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap lelaki seperti ini.